Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan..


Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
“Oh maafkan saya, saya tak perasan”
Katanya “Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara”
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,......
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Marahku, “Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
--------
“Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci”,
“Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”,
“Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”,
“Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”,
-------
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
“Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil”
“Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak”
“Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
“Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus memarahi kamu, sebegini,
Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
--------
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna “FAMILY” ?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
“HARGAILAH KELUARGA ANDA”


                                                        

Kunci KebahagiaaN !!

Siti Nur Bahyah berkata,

1) P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan. Jangan lah terlebih puji pulak naik tochang nanti susah pulak.

2) Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Peluk je jangan lebih2 pulak

3) P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Yang ni lah yang kureng sikit, selalu complain aje

4) ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda. Setuju sangat.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’ amat penting

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. Sendiri ingat la….. Takut nanti bukan ketiga je, keempat pun boleh jadi…..

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
Ni yang susah sikit ni, gerabak tu nak tinggalkan kat mana kalau kepala dia dah tak de????

8] Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Amin. Ini lah yang teramat penting sebagai Hamba Allah.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

.......................


Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.
sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat

Resipi Nasi Ayam Penyet

Nak try masak hujung minggu ni..



Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik


* ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
* 1 sudu besar Serbuk Kunyit
* ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
* 3 ulas Bawang putih
* 1cm Halia
* Sedikit Air
* 1 sudu kecil Garam
* Minyak masak untuk menggoreng.


1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.


Untuk Sambal.-kite suke! tp hati2 dgn cili tue. Edit ikut selera ye


* Sedikit minyak masak
* 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
* 10 biji Cili padi
* 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
* 3 biji Bawang putih, hiris
* 5 biji Tomato, potong 4
* 5 cm Belacan
* 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
* 3 sudu gula merah/secukup rasa


1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.


Feveret !!




Bahan2:
10 ketul ayam
(goreng kunyit & garam - jgn sampai kering)
Rempah tumis (bunga lawang, kulit kayu manis, biji pelaga & cengkih)
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
1 btg serai
2 helai daun limau purut
2 sudu sos tiram
2 susu cili kisar
4 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
1 cawan minyak
1 ulas bwg besar potong bulat
1 cawan mixed vege
Garam & gula secukup rasa




Cara2:
Kisar bwg merah, putih & halia.Panaskan api,masukkan rempah tumis, serai, daun limau purut & bahan kisar.Kemudian,masukkan cili kisar. Tumis sehingga naik bau & agak garing. Kemudian, masukkan semua sos. Gaul sebati. Masukkan mixed vege & bawang besar. Bila kuah dah mesra, masukkan ayam yg sudah digoreng tadi. Perisakan dgn gula & garam.

Bila La BLeh Pakai Keta Ni..Like it!!

 Entry kali nie pasal kereta.. yup..!! KERETA..Aku pasti, setiap org pasti ada kereta idaman yang ingin d miliki..Aku pun ada kereta idaman juga.. errmm..actually, aku nak sgt2 kereta nie..klu la aku nie byk duit, la ni jugak aku p beli keta tu.. tp keja pun xda lg mana nak mai duit..Aku xmampu g nak bli keta ni. insyaAllah, 1 hari nnt akan aku usaha dapatkan keta ni. bak kata org "berakit2 ke hulu berenang2 ke tepian.. bersakit2 dahulu bersenang2 kemudian.." Harap2 satu hari nanti, aku bleh dapat keta ni. Berusaha dengan penuh kegigihan dan keyakinan, insyaAllah sinar kebahagian pasti bakal menjelma..

Ni La Keta Idaman Aku!!

CinCin IdaMan aKu!!




luv dis ring s0 much...
hmmm...
bila la bleh dpat ni..
kna keja bpa tahun la agaknya bru bleh dpat cincin ni...
aku la orang yang paling bhgia klu dpat pakai cincin nie..
La ni bleh tengok ja la.
hahahahaha...
Hurmmm
Kan best klu kawin nanti dapat cincin mcm ni.
♥ finding love is like finding a missing pair of your slippers...
♥ slippers are
comfortable to wear...
♥ but there are times when we need or wanted to wear shoes or other footwears... ♥
♥ and we forget about our slippers for a while...♥
♥ But,
at the end of the day, we get tired of wearing our shoes...♥
♥ and we look forward to
return to our comfort slippers again...♥

Hari Bahagia Aku :-)

3 April 2011,..Hari tu adalah hari majlis pertunanganku So, hepy sgt2 la. Lepas ni aku dah tak bleh nak nakal2 dah. Kepada semua lelaki di luar sana, terutama yang bernama Fahrin Ahmad, Farid Kamil dan Awal Ashaari, maafkan aku sebab telah mengecewakan hati anda semua. Aku kini telah bertunang. Itulah sapa suruh taknak masuk minang aku awal-awal..:-)





Saya Budak Baru Belajar

Tengok member2 buat blog, aku pun teringin la jugak, so ni la Blog yang aku ciptakan...Sengaja ja aku xmau letak nama betul aku, malu la klu member2 aku tau, Biar aku expert dulu pasal Blog ni baru la bleh bg taw dgn depa tu..Takut kena kutuk plak...Aku ni bkn pandai sangat bab nak mengarang ni, xbanyak idea.