Yang mana Lagi bagus




Pilihan A:
~bekerja  dengan orang (contohnya pelayan kedai makan, pemandu lori)
~gaji bulanan : RM1000
~waktu bekerja :  9.00pg – 6.00Ptg (tiada Overtime)
~tempat kerja : 1 Daerah dengan kawasan tempat tinggal.
~kekurangan : tiada potongan KWSP (kumpulan Simpanan Wang Pekerja)

Pilihan B :
~Bekerja dengan sebuah company yang agak besar (contohnya kilang tayar, Kilang apa2 ja  la)
~gaji bulanan : RM510 (basic, tidak termasuk overtime)
~waktu Bekerja : Shift (7.00pg-3Ptg), (3ptg-11mlm), (11mlm-7.00pg)
~tempat bekerja : luar Daerah tempat tinggal (so kena menyewa rumah dekat2 situ la)
~kelebihan : potongan kwsp setiap bulan..

♥♥ DAH BACA KOMEN LA SIKIT ♥♥

6 orang budak chumil tulis-tulis sini:

Deanna Suka Warna said...

i vote for A..
sebab dekat ngn umah..xyah cr umah sewa lain..plus time keje tetap..kalo nak cari duit lebih malam bole buat part time..

nurul ezzatie zulkarnain said...

nak vote A gak..kejer limit..dkat ngan uma..KWSP uh kiter simpan r sndiri..kalo amek B..gaji RM510 basic..p tolak sewer lgi..time x limit..ader shift..penat..yg bgoz nyer ader KWSP jer..yg len cam beser jer..

sukiman said...

Pilihan B, sebab:
1. bekerja dengan kompeni yg besar boleh lihat organisasi secara conceptual, cari ilmu.Ada dalam resume kita nanti.
2.Boleh buat overtime, rajinkan diri masa muda belia ini, hadapi cabaran. Tunjukan kita lain daripada yang lain.
3.Keluar dari rumah! bangkit dan pandang dunia yang luas!Cari kepayahan hidup supaya tahu erti senang masa tua nanti.
4.KWSP adalah bukti kita ada pengalaman kerja.Wang kita terurus, kalau nanti nak simpan sendiri...jgn haraplah. Selamat datang ke dunia nyata. sebab tulah KWSP diwujudkan...

Sekian sahaja, ini hanya panduan...kalau benar nak tahu erti kehidupan dan kejayaan...

semoga berjaya.

Azumie said...

TQ sukiman...actually sya dah buat pilhan B..bila masuk ja company tu, banyak offer yagg diorang tawarkan spt full loan untuk beli rumah, mkn percuma kalau production melebihi target...

deanna & nurul ezzatie : terima kasih dengan pendapat yang diberikan.

! Sam Posmen ! said...

kedua-dua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

A. kerja ofis hour seperti orang lain. ada waktu riadah. tak pening untuk kos rumah, pengangkutan. gaji berpatutan.

cuma pengalaman mungkin agak terhad berdasar persekitaran kerja.

B. perspektif pemikiran kemungkinan berkembang dengan company besar. urusan seperti loan atau urusan perbankan agak mudah.

cuma kerja syif meletihkan. orang lain tidur kira bersengkang dan sebaliknya. potensi untuk mendapat penyakit agak tinggi.

pengalaman aku sampai sekarang terarah kepada B. Company besar. gaji masyuk. ot boleh buat selagi larat. tapi cumanya kehidupan tak sama dengan orang normal lain. social life dengan member2, family, persekitaran kurang.

ini yang aku hadapi sekarang. dalam setahun boleh kira berapa kali balik rumah, berapa kali dapat beraya dengan family. hehe

sebabnya aku kerja 12 jam sehari. pergi pagi balik malam. pergi kerja malam balik pagi lepas tu terus tidur. company besar tak menjamin keselesaan. lebih besar company lebih banyak tekanan dengan pihak pengurusan.

so secara mudah buat pilihan tepat. lain orang lain caranya. tapi kalau ada peluang pilihlah kerja yang ada benefit dua-dua sekali. maksudnya company besar, kerja ofis hour, gaji masyuk :)

tapi bagi aku lebih prefer kerja yang ofis hour. hidup macam manusia normal.

sampai satu tahap akan samapai dan terfikir, duit itu adalah keperluan tapi kehidupan adalah keutamaan. ermm

Arm'z said...

bw sini dri sesi 1 klik sini untuk lihat senarai bw Arm'z sesi 1 http://armzstory.blogspot.com/2011/07/senarai-blogwalking-aku-pagi-ini.html