Rindu


RINDU...Rindu dengan segala-galanya. RINDU dengan masa silam.

Diganggu Sejenis makhluk Hodoh.

Dua hari berturut-turut aku diserang histeria. Punyalah kuat aku menjerit. Dah la pagi-pagi time orng bangun sahur histeria tu jadi kat aku. Korang nak tau kenapa aku histeria?? sebab aku nampak cicak. Ee..yek...aku paling geli dengan cicak. Lagi-lagi cicak muda yang kulit lebih kurang kemerah-merahan tu sampai boleh nampak organ dalaman cicak tu..

Bangun sahur pagi semalam aku nak g basuh pinggan. tetiba ja ada cicak kat dalam sinki dok sembunyi celah-celah pinggan, apa lagi, melompat la aku. terjerit-jerit. aku panggil mak aku tolong halaukan tapi cicak tu degil, dia asyik terkejar sana, terkejar sini. memang cicak ni nak main-main dengan mak aku ni. Last-last sekali mak aku ketuk cicak tu dengan senduk, terus mati.. Tu  la ko cicak, orang halau baik-baik ko tak nak lari jauh-jauh, degil.

Pagi tadi pulak aku kemas-kemas rumah. Bila aku buka ja pintu dapur,..toinggg anak cicak kaler itam melompat dari pintu jatuh kat dalam rambut aku. Biasa la kan pagi-pagi pas bangun tidur mesti la rambut serabai tak di ikat. Jenuh aku melompat- lompat..eee..napa natang tu jugak yang selalu dok kacau aku. dah la aku geli dengan cicak tu.

Apa pandang-pandang? Dah lama hidup ke? nak aku cungkil
mata ko?? (tengok cicak pun takut ada hati nak cungkil mata}

*p/s: apa la aku merapu tengah-tengah malam mcm gini nih.


'shiema sufian nak bagi duit raya!'


Tadi gi jalan-jalan kat blog SHIMA dan terpandang segmen yang dibuat. So teringin juga nak join mana la tahu boleh dapat duit raya. Sape-sape yang nak join boleh la klik SINI.. Bila g jalan-jalan kat blog shima tu macam best pulak tengok dia punya blog, cantik n tak serabut.. tak caye gi la tengok.

Cik Farhah dan cik Siti anda di tag..

Blog Paling Colourful


Sape-sape nak join  contest yang dibuat oleh aliasimpson boleh la klik SINI..
Tarikh tutup 30 September.

#nak tag CIK FARHAH

Ulang Tahun yang pertama.

Asssalamualaikum...
wah bestnya...hari ni genap la setahun saya dgn My Hubby berkawan..Actually saya dgn My Hubby ni dah lama pun kenal. Start dari sekolah lagi tp 21 Ogos 2010 kami mula rapat. Hari ni genap la setahun Hubungan kami ni. Semoga Hubungan kami ni kekal la sampai bila-bila.

     
For My Hubby..
sempena ulang tahun perkenalan kita, ku bermohon pada yang Esa agar direstui kasih sayang kita..dan diberkati kasih sayang kita..moga cinta kita akan kekal selama-lamanya..


DIHARI INDAH INI
"kehadiranmu umpama sinaran mentari
bak pelangi yang hadir menemani hujan
seperti sungai yang tidak mengalir
CINTAKU padamu akan sentiasa bersemarak dihati
bersama RINDU yang tidak pernah terhenti
ku ingin mencintaimu seperti SUNGAI
YANG TIDAK AKAN BERHENTI MENGALIR"

Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk?


1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.
2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.
3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.
5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.
8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.
9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.
10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.
11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.
12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.
13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar.
14. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.
15. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.
16. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.
17. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri
18. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.
19. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.
20. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.

Renungan Buat Bakal Pengantin

sumber : Up To Mu
Buat renungan kita di musim pernikahan yang akan menjelang tak lama lagi. Mohon sebarkan jika ianya bermanafaat. Di sini dicatatkan khutbah nikah yang disampaikan di majlis akad nikah baru-baru ini. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat, insya Allah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah yang dengan rahmat dan kasih sayangNya dapat kita berhimpun dalam majlis yang diberkati ini. Selawat dan salam kepada Junjungan kekasih kita Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, kemuliaan dan keberkatan kepada ahli Keluarga Baginda, para Sahabat r.a. para Syuhada, para Auliya, para Ulama dan mereka yang menjejaki perjalanan kebenaran.


Anakanda berdua,

Oleh kerana itu, ada 3 perkara penting perlu wujud demi kebahagiaan dalam hidup seseorang, iaitu :

Ciri Pertama

Tidak pernah menyesali atau kecewa berpanjangan terhadap masa lalunya; masa lalu selalu diingati dengan istighfar dan syukur. Permohonan ampun didasari atas kelemahan manusia diiringi dengan keyakinan bahawa Tuhan Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang; rasa syukur yang dilandasi atas kesedaran kuat bahawa betapapun beratnya cubaan dan kesulitan, nikmat Tuhan selalu lebih banyak dibanding itu semua.

Ciri Kedua

Apa jua ujian yang dihadapi nanti perlulah bersikap dengan semangat pantang menyerah kerana keyakinan bahawa terhadap setiap sebuah kesulitan selalu tersedia sekurang-kurangnya dua buah kemudahan. Cukuplah kesabaran dan ketekunan dalam usaha yang disertai dengan doa dari kerendahan hati seorang hamba sebagai bekal, yang dalam bahasa Al-Quran disebut, “jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu”.

Ciri Ketiga

Kebahagiaan yang dimiliki hari ini adalah ketidakpastian bagaimana di masa depan. Maka selalu berfikir dengan baik, mengamalkan syukur dan tawakal. Apabila kita bersyukur dengan kebahagiaan yang kita miliki, nescaya Allah akan menambahkan kebahagiaan pada kehidupan kita malah akan ditambah lagi nikmat kebahagiaan di masa hadapan. Jadikanlah kebahagiaan sebagai matlamat abadi anakanda berdua dalam membangun kehidupan keluarga.

Wahai anakanda,

3) Pernikahan adalah KEBAHAGIAN. Ia adalah pakaian dan kehidupan ahli syurgawi, maka kebahagiaan yang dimiliki dalam bahtera rumahtangga amat tidak disukai oleh iblis. Sebagai musuh abadi manusia, iblis sang pewaris neraka akan terus bekerja untuk menghancurkan kebahagiaan yang menjadi milik manusia, anak keturunan Adam sebagai para calon pewaris syurga.

Dalam hal kehidupan berkeluarga, salah satu benteng terkuat untuk menjaga kebahagiaan dari kehancuran atau kecelaruan itu adalah sikap kemaafan. Bukalah pintu kemaafan selebar-lebarnya dan selama-lamanya kerana ia akan mencegah masuknya kemarahan, kemarahan pembuka pintu iblis dalam menghancurkan kebahagiaan anak-anak Adam.

Ini penting untuk selalu diingat kerana anakanda mempunyai perangai, pemikiran, citarasa sendiri-sendiri yang unik, lengkap dengan kelebihan dan kelemahannya masing-masing, sedangkan melalui pernikahan, perbezaan ini hendak dipersatukan dalam sebuah rumahtangga demi kebahagiaan. Justeru sikap faham memahami, bertolak ansur dan keterbukaan di atas kelemahan dan saling memaafkan antara dua pihak amat penting. Ia adalah resepi abadi dan kuat dalam membangun rumahtangga bahagia. Lebih dari itu, kemaafan adalah jalan menuju taqwa, [wa ‘anta’fu aqrobu littaqwa - dan kemaafan itu lebih dekat kepada taqwa].

4) Pernikahan adalah RAHMAT. Berdasarkan fitrah manusia, agama mengatur tanggung jawab, peranan dan fungsi anakanda masing-masing dalam kehidupan berkeluarga. Sempurnakanlah dan tunaikanlah hal tersebut dalam perjalanan kita membangun rumah tangga yang semoga dengan demikian akan dirahmati dan diberkati Allah SWT. Menurut ketentuan agama, tanggung jawab sebagai ketua keluarga berada di bahu suami dengan tanggung jawab terbesar dan terberat adalah menjaga agar bahtera keluarga selalu berjalan menuju matlamat abadi, yakni kebahagiaan dunia akhirat dan terhindar dari siksa neraka.


Teladan mulia bagi isteri tentunya adalah Ibunda Sayyidatina Khadijah, yang selalu memberikan keteduhan, kelembutan dan juga dorongan yang tiada henti kepada suami untuk tetap istiqamah, sehingga betapapun beratnya tentangan dalam rangka menuju matlamat abadi itu selalu dapat diatasi dengan baik dan penuh tanggung jawab. Ingatlah selalu oleh kalian berdua bahwa salah satu fungsi pasangan suami isteri menurut Al-Qur’an (al-Baqarah:187) adalah seperti pakaian [mereka adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka].

Fungsi pakaian selain untuk keindahan adalah juga untuk menutupi aurat, maka suami isteri harus saling menutupi kelemahan pasangannya. Seandainya kalian melihat kelemahan pada pasangan kalian maka berdoalah agar dibalik kelemahan itu terdapat kebaikan yang tidak terduga.

Ingatlah firman Allah SWT (An-Nisaa’:19],

“Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka maka bersabarlah, kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”

5) Tingkatkanlah bakti kalian kepada ayah-bonda, yang telah dengan penuh kasih sayang dan kesabaran menghantar kalian hingga ke jinjang untuk memulai hidup baru, membangun rumah tangga sendiri. Perlu anakanda ingat bahawa cinta dan kasih sayang mereka kepada anakanda tidak akan pernah pudar walau kini kamu telah membangun rumah tangga sendiri.

Sebagai penutup di akhir khutbah, Ayahanda Walid berpesan kepada kedua mempelai pengantin baru dan juga buat sekelian yang hadir dengan firman Allah SWT :

“Bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapatkan kemenangan yang besar.” (al-Ahzaab: 70-71)

“Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benarnya takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu meninggal dunia melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (Ali-‘Imran: 102)

Drama Pilihan : Laila Manja di slot lagenda TV3

Sekarang ni tiap-tiap petang jam 4.00 petang mesti dah tercangak kat depan TV melayan crita Laila manja..Agak best jugak cerita ni sebab My dad pun turut serta layan cerita ni padahal sebelum ni dia bukan suka melekat depan TV nengok crita-crita melayu ni. Actually aku suka tengok Amar Baharin dalam crita ni..

Laila manja slot lagenda tv3

Drama Laila Manja ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Puteri Sarah, Iqram Dinzly, Ellie Suriati, Dato’ Jalaludin Hassan,Amar Baharin(Anak Wayang), Nabila Huda dan Zul Ariffin.

Sinopsis cerita ni:

LAILA MANJA mengisahkan tentang penderitaan hebat yang dialami oleh dua beradik, Laila dan Manja, disebabkan perbuatan ibu tiri mereka yang kejam. Setelah pemergian ibu mereka, Kamsiah (Liza Shadan), Laila dan Manja sering termenung dan berduka kerana mereka sangat merindui belaian ibu yang telah tiada. Sebagai seorang ayah yang prihatin, Mahmud (Ramli Saleh) mengambil keputusan untuk mengahwini Mastura (Ellie Suriati,untuk mengisi kekosongan hati dan mengubat lara kedua-dua orang anaknya.
Namun, mimpi ngeri Laila dan Manja kini menjadi nyata apabila mereka didera Mastura, ibu tiri mereka yang inginkan keistimewaan yang terdapat pada mereka. Laila mampu melihat masa hadapan manakala Manja berupaya untuk mengingati kisah lampau.
Mastura yang menjalinkan hubungan sulit bersama Azman (Mubarak Majid), salah seorang pekerja Datuk Razali (Dato’ Jalaludin Hassan) akhirnya terbongkar apabila Mahmud pulang ke rumah secara mengejut. Lebih menyayatkan hati, Mahmud dibunuh oleh Azman dan kerana ketakutan Laila membawa Manja lari dari rumah untuk menyelamatkan diri. Manja menyorok di dalam kereta Pak Mat (Roslee Sako) manakala Laila jatuh pengsan di atas jalanraya dan ditemui oleh Datuk Razali. Beliau terkejut dengan apa yang diceritakan oleh Laila, kerana Mahmud merupakan pemandunya. Secara tidak sengaja, mereka terpisah sejak dari saat itu.
Mastura dan Azman berjaya diberkas oleh pihak polis dan mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Imran (Zul Ariffin), anak kepada Azman merayu kepadanya agar hukuman terhadap bapanya diringankan. Tetapi, Datuk Razali tetap tegas akan keputusannya. Sejak dari itu, Imran menyimpan dendam kesumat terhadap Datuk Razali.
Menjelang usia dewasa, Laila diberi kepercayaan oleh Datuk Razali untuk menerajui syarikat gergasinya, manakala Manja pula disayangi Pak Mat kerana kesungguhannya dan bakatnya di dalam dunia perniagaan. Namun, dendam Imran masih membara dan mereka bertemu semula di dalam dunia korporat yang bakal merungkai pelbagai konflik percintaan dan permusuhan.
Adakah Manja akan bertemu semula dengan kakaknya, Laila setelah pelbagai badai dugaan yang menimpa? sama-sama kita saksikannya -..-

SAYA BLOGGER PRIHATIN

Nak join klik SINI cepat..


Keinginanku sekarang ni.


Entah bila la boleh dapat benda ni. Teringin sangat nak ada. Mesti best kan. ada sapa-sapa kat sini yang nak tolong beli pun boleh jugak. Hehe

What do you think??

Tadi petang aku da g salah sebuah butik pengantin kat jitra. Lepas aku tgok pakej yang ada, aku pun setuju nak ambil pakej kat butik tu...tp baju aku belum lagi pilih..aku ingat nak buat tema kaler purple dgn kaler silver. pas tu aku terpandang 2 pasang baju. Aku ingat nak booking baju tu tapi tak tau la cantik ke tak...Sape-sape yang pandai bleh bagi komen dan pendapat sikit tak pasal baju yang aku nak booking ni,.aku tak pandai pilih la.

Yang ni Yang kaler SILVER tu..ok tak?

Yang ni kaler  PURPLE..tapi ada dua pilihan.
satu lagi baju kat bawah ni.

Ni pilihan kedua kaler PURPLE tu.

Bagi pendapat sikit....