Kisah Anjing Liar


Kisah ni berlaku masa aku study dulu. kat Hostel aku banyak betul anjing. tak tau la pula anjing-anjing ni datang dari mana. Ada jugak kadang-kadang pihak bertanggungjawab datang tembak anjing-anjing ni tapi anjing-anjing ni tak berkurang pun. Disebabkan anjing-anjing ni kadang-kadang nak g mandi pun terpaksa  terhendap-hendap sebab kat dalam blok pun anjing ni suka berkeliaran. habis tong sampah diselongkar. kadang- kadang juga, pakaian dalam pun digonggong bawak lari.

Satu hari tu aku ke bilik coursemate aku. pi ngumpat sembang-sembang je. tiba-tiba roomate aku kol suruh balik bilik cepat. Suara dia cemas betul. aku pun cepat-cepat la balik bilik aku mintak coursemate aku temankan aku skali. sampai je bilik roomate aku bagi tau ada anjing masuk tidur atas katil aku tapi dia dah halaukan anjing tu. Pintu tak tutup rapat, roomate aku ni plak p mandi.. Jahanam betul la anjing ni. anjing tu pulak kaler hitam memang buruk la rupa dia. Yang aku geram sangat tu dalam banyak-banyak bilik kat hostel tu, bilik aku jugak dia nak masuk. Dah tu katil aku jugak yang jadi pilihan dia nak Landing..Terpaksa la aku buang semua benda-benda yang terkena anjing tu. cadar, selimut, sarung bantal. nak samak aku malas. Sejak dari hari tu, aku jadi takut kalau jumpa anjing.




♥♥ DAH BACA KOMEN LA SIKIT ♥♥

5 orang budak chumil tulis-tulis sini:

NURUL NADIAH MAMAT said...

Ya Allah...teruknya......sampai anjing masuk...siap landing lagi...

ade2mama said...

bilik ko terbaik kot heeh..nasib bek dye lpak jew..law dyee buang something??
pehhhh msti ko kejar dye smpai dpt kn heeh

Azumie said...

maybe tilam lembut kot..tempat strategik tepi tingkap, kena angin....selesa la dia nak tido..
klu dia buang taik, mmg mintak tukar bilik lain la..xsanggup.

GaRy™ said...

hahahaha.. pandai pulak anjing tuh pilih katil yer~.. hehehe..
mana kenal kak liz?..

Azumie said...

roomate kak Liz masa tahun 1 kat UMS...