Menyesuaikan Diri Sebagai Menantu Baru

1. Kenali Dari Awal
Time becinta tu kalau boleh kita ni kena ambil tahu pasal keluarga pasangan kita. Selalu la p rumah keluarga bakal mentua, beramah mesra. Tanya Pasangan apa yang bakal mentua kita suka dan tidak suka.

2. Berfikiran terbuka
Fikir positif dan terima sesuatu yang baru. Contohnya la kan, kita try masak berbeza dengan cara yang kita selalu masak. Try makan makanan kegemaran keluarga pasangan kita tuh walaupun kita tak pernah makan makanan tu.

3. Jaga Adab Sopan
Jaga tingkah laku time kat umah mentua kita. Jangan dok gelak dengan cakap kuat sangat. Nanti mak mentua kata apa plak. Pakai baju tu biar sopan, jangan ketat sebab kat rumah tu ada adik beradik pasangan kita.

4. Ringan Tulang
Tolong la mak mentua kita tu masak ka, kemas rumah. Bangun awal, siapkan sarapan. So kena pastikan kita ni dah pandai masak biar mak mentua kita puji kita melambung.

5. Hormat Menghormati.
Selain hormat dengan mak mentua kita, kita kena hormat juga dengan pasangan kita. Jangan dok meninggi suara dengan pasangan kita. Jangan sampai mak mentua kita pikir "kenapa la anak aku pilih dia ni jadi pasangan, Buruk perangai".

6. Komunikasi yang Baik
Kalau dah bersembang dengan mak mentua tu, JANGAN kutuk pasangan kita tau. Kalau dok dapur masak sama-sama dengan mak mentua, cuba la bersembang dengan mak mentua kita tu, Tanya makanan kegemaran dia ka. Lagi satu try kenali suami daripada mak mentua kita, nanti mesti dia cerita pengalaman dia time besarkan pasangan kita tu. Cakap tu kena control, jangan menyinggung perasaan mak mentua kita tu.

7. Berdikari
Tau la korang anak manja, kalau boleh jangan la tunjuk korang ni anak manja depan mak mentua kita. Tunjuk sikit sikap berdikari korang tu.Jangan dok merungut letih & jangan bagi alasan kalau mak mentua mintak tolong buat something.

8. Sayang Menyayang
Sayangilah mentua kita macam kita sayang mak bapak kita sendiri. Bertolenrasi dengan adik beradik pasangan kita tuh. Bila hati kita benar-benar ikhlas sayang mereka, tak mustahil la mereka pun akan sayang kita, mungkin lebih daripada anak sendiri.

Sumber : Google

♥♥ DAH BACA KOMEN LA SIKIT ♥♥

0 orang budak chumil tulis-tulis sini: