Jiran sama jiran lawan mengata belakang..

Dah tak heran dah sekarang ni kalau sesama jiran tak bertegur sapa disebabkan mulut yang tak boleh kalau tak mengata kat orang.. Semalam aku dengan jiran depan umah aku gi pasar bli ikan (aku nama kan jiran ni Si A la ye).  Dalam perjalanan tu Si A   ni sibuk sangat cerita pasal keburukan jiran sebelah rumah dia (aku namakan jiran sebelah rumah dia si B). Itu tak kena, ini tak kena, anak dia jahat, anak dia macam ni, anak dia macam nu, macam- macam la. Aku diam ja sebab dah tau perangai Si A aku ni memang macam ni. Dah lali dah dengan semua ni...


Malam ni pulak aku bawak Si B pi klinik sebab penyakit kencing manis. Dalam perjalanan Si B pula tak habis-habis mengata dekat Si A ni. Si A ni berlagak la, suka mengata orang la, ini la, itu la, macam -macam la. Ni pun aku diamkan ja,. Dengar ja apa yang Si B ni bercerita. Aku malas nak menyampuk nanti aku pulak yang kena. Haishh.. Kalau aku nak laga kan diorang ni boleh aja tapi tak nak la, aku bukan jenis yang macam tu.



Pelik dengan masyarakat sekarang, sepatutnya kita kena berbaik dengan jiran, bukan mengata kat belakang macam ni. bagi aku jiran ni penting tau, kalau kita dalam kesusahan, jiran jugak yang nak tolong kita tapi bagi Si A dengan Si B ni lain pulak cerita. Diorang semua dah besar, Ada akal pandai-pandai la pikir. Aku tak nak masuk campur. Nak diam ja. Kadang-kadang diam tu lebih bagus daripada berkata-kata. tambahan pulak dengan manusia yang macam ni. Semua ta kena.

1 comment:

Kancil 8349 said...

mahu buat macam mana...dah hobi mereka...mereka bukan tahu hukum mengata orang...apapun sabar je...yang penting jangan seperti mereka....kalau terjumpa dengan mereka...doakan mereka sedar...