TAKSUB CANTIK

Aku percaya mesti antara kita semua, ramai yang nak cantik kan. Badan langsing, kulit gebu, muka cantik. Bersyukur la dengan apa yang kita ada sekarang ni. Tak salah kalau kita berusaha untuk nampak cantik, tapi jangan la terlalu taksub sampai seksa diri sendiri macam ambik suntikan, ubat kurus yang tak dak kelulusan kementerian kesihatan tuh.

Sekarang aku nak kongsi sikit keburukan kalau kita terlalu taksub sangat nak cantik.

1. Kita tak da keyakinan diri, Nak jumpa dengan orang pun malu sebab ingat diri kita ni banyak kekurangan padahal kita tak da cacat cela apa pun. Selagi dok rasa diri kita ni tak perfect, selagi tu la kita malu nak berhadapan dengan orang. Benda macam ni boleh sebabkan kerjaya dengan masa depan kita terjejas.

2. Membazir duit korang je la. Mana taknya, beli make-up, pastu bli produk-produk kecantikan ubat kurus la, baju cantik-cantik. kalau macam ni selalu kucar-kacir la hidup. Duit belanja tak penah cukup. kalau laki korang kaya tak pe la jugak kan. kalau laki pun kerani je, hari-hari makan megi je la.


3. selain tuh, korang akan mudah terpengaruh. Bukan semua produk kecantikan tu sesuai pun dengan kita, tapi kalau dah terlalu taksub sangat nak cantik, semua kita nak beli, nak cuba.

4. Yang last ni memang selalu kita nampak. Kalau orang dah taksub cantik ni memang tak penah puas apa yang ada kat diri diorang ni. Hidung dah mancung, gatai nak bagi mancung lagi. Badan kurus, nak bagi kurus lagi, lama-lama tinggal tulang ja. Benda ni macam ni boleh buat kita tertekan sebab tak puas hati dengan diri.

♥♥ DAH BACA KOMEN LA SIKIT ♥♥

5 orang budak chumil tulis-tulis sini:

I am...izuan said...

tahu tak pa...saya suka point yang last dengan 2nd last tu.....ish3...tapi kalau dapat yang kolot..pakai susuk pun sanggup....

aimi syazana said...

betulla...setuju sgt...tp yg buat ni taknak pakwe or suami lari kot...

shiema sufian said...

setuju. bersyukur dengan ape yang kita ade :)

Fatin Mraz said...

dah mmg sifat manusia begitu..

Mira Adzlia said...

bsyukur ape adenye....hehe...tp ttp mekap..cume pki mekap pasar mlm jer.jd la kan..ngee~ :p