TIPS : Rambut Sihat Untuk yang Bertudung

>>TIDAK PERLU KERAP MENCUCI
Tak sesuai wanita bertudung ni cuci rambut tiap-tiap hari sbb rambut tu akan jadi lagi teruk kalau kita cuci setiap pagi sebelum p keja. Kalau kita cuci rambut sebelum p keja, kita kena tunggu rambut betul-betul kering dulu sebelum pakai tudung. Ambik masa. Kalau guna pengering, rambut tak akan kering menyeluruh. Nanti kalau pakai tudung akan berbau. So kita kena la cuci 3 kali dalam seminggu. Cuci lepas balik keja dengan hari minggu. Keringkan rambut dengan cara bebaskan rambut tu. Elakkan daripada bungkus dengan tuala.


>> PILIH TUDUNG BERFABRIK LEMBUT
Kalau kita p kerja, bayangkan jangka masa yang diperlukan untuk menutup rambut dengan tudung. Kesannya mengakibatkan kepala rasa pening sebab lama sangat tutup kepala. So pemilihan tudung jenis fabrik lembut sesuai la bagi kita. Ada sesetengah tu lebih selesa tak pakai anak tudung. Tudung yang dipakai tanpa anak tudung memudahkan rambut untuk bernafas.


>> ATASI MASALAH RAMBUT
Jangan pandang remeh kalau menghadapi masalah rambut. Kadang-kadang tu masalah ni berpunca daripada syampu yang tak sesuai dengan rambut kita. Kalau syampu yang kita gunakan sekarang ni sesuai dengan kita, kekalkan lah pakai syampu tu. Guna syampu dengan cara cucian yang betul supaya rambut sihat berseri.


>> AMALKAN PETUA TRADISIONAL
Cubalah petua tradisional yang boleh memberi jawapan kepada masalah rambut yang dihadapi.Bagi mengembalikan kesegaran rambut untuk wanita yang bertudung, ambil santan kelapa dan letakkan dia atas kepala. Balutkan dengan tuala dan biar seketika. Langkah seterusnya, bilas dengan air bersihkan. Amalkan seminggu sekali.



♥♥ DAH BACA KOMEN LA SIKIT ♥♥

1 orang budak chumil tulis-tulis sini:

cik najihah said...

thanks for sharing