AL-FATIHAH UNTUK ARWAH CIKGU BUSHRA

       Tanggal 23hb April 2016 (Sabtu) Cikgu Bushra telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediaman ibunya di Alor Setar. Berita ini megejutkan semua warga permata Negara beseri. Cikgu Bushra ni merupakan Guru Taska anak aku. Perwatakan yang mudah mesra, peramah dan happy go lucky membuatkan dia disenangi oleh semua orang. Sukar untuk kami semua menerima pemergiannya.
         Dia pergi mengadap ilahi tanpa sebarang penyakit. Selepas mengambil wuduk untuk menunaikan solat Maghrib, dia rebah semasa menutup tingkap rumahnya. Begitu mudah Allah mengambil nyawanya.. Semoga Allah mengampunkan segala dosa cikgu dan menempatkan cikgu dalam kalangan para solohin. Kami semua sayang Cikgu Bushra. Semoga anak-anak permata tabah menerima ketentuan ini.
Photobucket

Mini Giveaway By Niena Annisa'

ASSALAMUALAIKUM


*click banner to join

Apa khabar semua? Jom ramai-ramai meriahkan first giveaway daripada Niena.

Giveaway ini bermula dari 3 April dan berakhir pada 30 April 2016 pada jam 11.59 malam.
Syarat penyertaan amat mudah. Niena harap semua dapat ikut ya.



HADIAH :






Shawl chiffon x 2 pemenang

Selamat Kembali



              Setelah beberapa tahun blog ni dibiarkan bersawang, hari ni godek-godek cuci balik sawang tu. Password log In pun dah lupa.hihi...Selepas lahirkan anak yang kedua ni memang tersangat-sangat la sibuk menguruskan anak-anak. Walaupun kat tempat kerja tak sibuk tapi tetap tak boleh update sebab pihak HQ sentiasa pantau aktiviti staff mereka ni..
               Dalam beberapa tahun ni kehidupan memang banyak dah berubah. Januari 2015 selamat melahirkan anak yang kedua. baby gurlzz. Alhamdulillah rezeki anak datang dengan tidak disangka-sangka,tahun 2016 ni keluarga kami dah merasa tinggal di rumah milik sediri. dah tak payah menyewa lagi kan. Lepas ni mungkin akan lebih banyak update blog cerita tentang istana kecil kami dan jugak bercerita tentang family kecil kami.
Photobucket