AL-FATIHAH UNTUK ARWAH CIKGU BUSHRA

       Tanggal 23hb April 2016 (Sabtu) Cikgu Bushra telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediaman ibunya di Alor Setar. Berita ini megejutkan semua warga permata Negara beseri. Cikgu Bushra ni merupakan Guru Taska anak aku. Perwatakan yang mudah mesra, peramah dan happy go lucky membuatkan dia disenangi oleh semua orang. Sukar untuk kami semua menerima pemergiannya.
         Dia pergi mengadap ilahi tanpa sebarang penyakit. Selepas mengambil wuduk untuk menunaikan solat Maghrib, dia rebah semasa menutup tingkap rumahnya. Begitu mudah Allah mengambil nyawanya.. Semoga Allah mengampunkan segala dosa cikgu dan menempatkan cikgu dalam kalangan para solohin. Kami semua sayang Cikgu Bushra. Semoga anak-anak permata tabah menerima ketentuan ini.
Photobucket

♥♥ DAH BACA KOMEN LA SIKIT ♥♥

0 orang budak chumil tulis-tulis sini: