
"Hello ! kat mana ni? Dah lama aku tunggu ni cepat la, bye!
Zaman sekarang telefon bukan lagi barang mewah. Pelajar sekolah pun dah mampu pakai walaupun bli guna duit mak bapak diorang.hehe....Ia dah tak jadi keperluan sekunder dah tapi dah jadi keperluan primer. Walaupun banyak kemudahan yang kita dapat bila memiliki telefon ni, tanpa kita sedari masih tersembunyi adab penggunaannya yang perlu kita ketahui.
Cara Buat Panggilan
✿ Waktu yang sesuai untuk menghubungi untuk mengelakkan daripada mengganggu orang yang dihubungi. Kalau time tengah malam memang tak sesuai sangat kecuali kecemasan. Orang sakit jugak tidak sesuai untuk dihubungi sebab akan mengganggunya untuk berehat.
✿ Apabila panggilan dah dijawab, perkenalkan diri dulu sebelum tanya si penjawab telefon tu sama ada mereka adalah orang yang hendak dihubungi.
✿ Pastikan tak dail terlalu cepat untuk mengelakkan daripada tersalah mendail nombor telefon. kalau tersalah dail, jangan cepat-cepat letak telefon tu tapi ucapkan maaf dan beritahu si penjawab bahawa tersalah nombor.
✿ Bercakap tu biarlah jelas yer supaya si penjawab tak minta anda ulangi apa yang anda cakapkan.
✿ Cakap benda yang perlu ja, jangan nak menyimpang. jangan bual kosong bukan apa, takut juga si penjawab ni ada hal yang nak diuruskan.
✿ Jika menghubungi seseorang yang bekerja, jangan hubungi time nak habis waktu kerja sebab mengganggu si penjawab berkemas-kemas untuk pulang.
Tip jawab telefon dengan beradab
✿ Jawab panggilan telefon dengan memberi salam atau sapaan yang sopan.
✿ Jangan jawab panggilan dengan nada suara yang kasar seolah-olah tengah marah.
✿ Bagi pompuan plak, jangan jawab panggilan dengan nada suara yang terlalu lembut seakan-akan menggoda takut nanti si pemanggil berfikiran lain plak.
Adab Menggunakan Telefon
Paling utama, telefon adalah keperluan untuk menghubungi seseorang, untuk menyampaikan maklumat dan sebagainya. Adalah dilarang jika telefon digunakan untuk keperluan yang negatir seperti untuk melepaskan keperluan nafsu, untuk mengundang bencana, menyebar fitnah dan sesuatu ka arah perkara dosa dan buruk.