Sekarang ni tiap-tiap petang jam 4.00 petang mesti dah tercangak kat depan TV melayan crita Laila manja..Agak best jugak cerita ni sebab My dad pun turut serta layan cerita ni padahal sebelum ni dia bukan suka melekat depan TV nengok crita-crita melayu ni. Actually aku suka tengok Amar Baharin dalam crita ni..
Drama Laila Manja ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Puteri Sarah, Iqram Dinzly, Ellie Suriati, Dato’ Jalaludin Hassan,Amar Baharin(Anak Wayang), Nabila Huda dan Zul Ariffin.
Sinopsis cerita ni:
LAILA MANJA mengisahkan tentang penderitaan hebat yang dialami oleh dua beradik, Laila dan Manja, disebabkan perbuatan ibu tiri mereka yang kejam. Setelah pemergian ibu mereka, Kamsiah (Liza Shadan), Laila dan Manja sering termenung dan berduka kerana mereka sangat merindui belaian ibu yang telah tiada. Sebagai seorang ayah yang prihatin, Mahmud (Ramli Saleh) mengambil keputusan untuk mengahwini Mastura (Ellie Suriati,untuk mengisi kekosongan hati dan mengubat lara kedua-dua orang anaknya.
Namun, mimpi ngeri Laila dan Manja kini menjadi nyata apabila mereka didera Mastura, ibu tiri mereka yang inginkan keistimewaan yang terdapat pada mereka. Laila mampu melihat masa hadapan manakala Manja berupaya untuk mengingati kisah lampau.
Mastura yang menjalinkan hubungan sulit bersama Azman (Mubarak Majid), salah seorang pekerja Datuk Razali (Dato’ Jalaludin Hassan) akhirnya terbongkar apabila Mahmud pulang ke rumah secara mengejut. Lebih menyayatkan hati, Mahmud dibunuh oleh Azman dan kerana ketakutan Laila membawa Manja lari dari rumah untuk menyelamatkan diri. Manja menyorok di dalam kereta Pak Mat (Roslee Sako) manakala Laila jatuh pengsan di atas jalanraya dan ditemui oleh Datuk Razali. Beliau terkejut dengan apa yang diceritakan oleh Laila, kerana Mahmud merupakan pemandunya. Secara tidak sengaja, mereka terpisah sejak dari saat itu.
Mastura dan Azman berjaya diberkas oleh pihak polis dan mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Imran (Zul Ariffin), anak kepada Azman merayu kepadanya agar hukuman terhadap bapanya diringankan. Tetapi, Datuk Razali tetap tegas akan keputusannya. Sejak dari itu, Imran menyimpan dendam kesumat terhadap Datuk Razali.
Menjelang usia dewasa, Laila diberi kepercayaan oleh Datuk Razali untuk menerajui syarikat gergasinya, manakala Manja pula disayangi Pak Mat kerana kesungguhannya dan bakatnya di dalam dunia perniagaan. Namun, dendam Imran masih membara dan mereka bertemu semula di dalam dunia korporat yang bakal merungkai pelbagai konflik percintaan dan permusuhan.
Adakah Manja akan bertemu semula dengan kakaknya, Laila setelah pelbagai badai dugaan yang menimpa? sama-sama kita saksikannya -..-
Sumber : wanita inspirasiku TV3
No comments:
Post a Comment