Keluarga memang penting kan dalam hidup kita ni baru la hidup kita ni sempurna. Keluarga adalah struktur asas bagi keseluruhan sistem sosial dan kebudayaan di dalam Islam. So sape-sape yang nak membahagiakan keluarga korang ada beberapa cara,.
1. Ringankan beban diorang. Ni bagi yang dah bekerja, dah ada pendapatan sendiri. Tak salah kan kalau kita kongsi pendapatan kita dengan diorang. Bukan tu ja, yang tak dek kerja tu pun boleh tolong ringankan keluarga kita. Ringankanlah tulang korang tu bantu buat kerja-kerja rumah.
2. Curahkan kasih sayang kat diorang. Kadang-kadang tu ada remaja yang lupa ibu- bapa kita ni perlukan kasih sayang dan perhatian daripada kita. Kalau sibuk study ke, kerja ka, kita kena la luangkan sikit masa kat diorang tau.
3. Selain tu, penuhi permintaan diorang. Zaman sekarang ni remaja dah tak da adab, semua nak ikut kepala sendiri ja. Apa yang keluarga buat untuk kita adalah untuk kebaikan diri kita, so kita kena terima. Contohnya la kan diorang nak tengok kita berjaya, masuk universiti, so kita kena la belajar rajin-rajin.
4. Bijak bawa diri kita walau kat mana pun kita ada. Kita kena la jaga maruah keluarga. Buat benda yang positif.
5. Ibu bapa selalu mendoakan kesejahteraan kita, Sepatutnya kita pun kena doakan kesejahteraan diorang juga. Sebagai seorang anak kita kena kenag jasa keluarga kita.
No comments:
Post a Comment