1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.
2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.
3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.
5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.
8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.
9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.
10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.
11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.
12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.
13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar.
14. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.
15. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.
16. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.
17. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri
18. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.
19. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.
20. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.
3 comments:
btol tu! sye plg pantang org len ngarah2(esp bf!) sye esp berkaitan hak milik sye yg punyer, wat cam diri die yg punyer lak, sye de prinsip sendri, hormati la sket!
alamak miraie..relaks2...cool ok.,saya pun xsuka org mengarah saya.
hehe..sori emo sket haha..tp betullah..^^
Post a Comment