5 ‘Tips Untuk Rumah Sentiasa Kemas.

Susah juga nak ada rumah yang kemas dan rapi bila dah ada anak kecil di dalam rumah. Bukannya apa, lepas kemas dah bersepah balik rumah tu dengan segala mak nenek barang mainan. Mana ada masa nak susun barang dengan kemas, nak layan kerenah anak lagi. Jangan risau, sebenarnya kita tak payah ambil masa yang banyak pun untuk kemas rumah. Ikut tips ini, mudah sangat kerana kita sebenarnya boleh lakukan dalam masa 5 minit saja! Tips ni bagus juga untuk ibu yang bekerja.

http://www.itsybitsysteps.com/

TIPS RUMAH KEKAL KEMAS WALAUPUN ADA BABY

Kita selalu hairan kenapa ada rumah rakan dengan anak kecil nampak kemas dan bersih sedangkan rumah kita pula hanya kelihatan kemas sekejap saja sebelum bersepah semula. Sebenarnya pemilik rumah yang sentiasa kemas ini bukanlah melakukan kerja membersih dan mengemas seluruh rumah setiap hari. Sebaliknya mereka hanya melakukan beberapa kerja di bahagian tertentu untuk memastikan rumah kelihatan rapi dan bersih sentiasa.

1. KEMAS KATIL


http://houzbuzz.com/
Kemas katil dan bilik kita sebaik bangun tidur. Celik je mata terus lipat selimut tu jangan tinggal macam tu je. Selimut lah benda paling penting untuk katil kelihatan kemas.

2. SELEPAS BASUH BAJU TERUS LIPAT


www.today.com
Pakaian yang tidak diurus dengan baik selalu jadi punca rumah nampak bersepah. Jadi jangan biarkan baju kotor bertimbun dan jangan juga biar baju yang sudah kering dalam bakul tinggi menggunung. Setiap kali selesai membasuh terus lipat pakaian yang kering dan masukan dalam almari. Part ni memang aku pun tak suka tapi terpaksa kena buat jugak okey !

3. JANGAN BIAR SINGKI PENUH


http://thecatholiccatalogue.com/
Sama juga dengan pinggan mangkuk, jangan biar ia memenuhi singki. Basuh pinggan setiap kali selepas makan. ni aku pun praktikkan sebab kalau pinggan bersepah dalam sinki jadi sakit mata sakit je hati ni..

4. PASTIKAN KAUNTER DAPUR SENTIASA BERSIH


www.shutterstock.com
Selepas basuh, terus susun pinggan mangkuk, kuali dan periuk di tempatnya. Simpan juga baki lauk pauk dalam bekas berpenutup bukan di atas pinggan. Buang sampah setiap kali bakul penuh. Jangan smpai bakul dah penuh ulat baru nak buang.

5. KEMAS RUANG TAMU TENGAH HARI DAN MALAM


www.dupagecu.com
Ruang tamu memang jadi tempat permainan anak, bantal kecil akan bertaburan begitu juga mainan mereka. Kita memang perlu mengemaskannya paling kurang dua kali sehari. Sekali, menjelang tengah hari dan kali kedua sebelum tidur supaya sebaik celik mata pagi hari kita tengok ruang tamu yang bersih dan kemas. aku kemas waktu malam ja sebab aku kerja. balik kerja memasak untuk family, time anak anak dah tidur baru kemas.

TIP EKSTRA


www.today.com
* Sambil mandi bersihkanlah bilik air. Sental lantai atau pun bersihkan singki dan mangkuk tandas. 
* Sekali sehari sapu lantai ruang tamu dan dapur.
* Seminggu sekali mop lantai.
Mudah saja bukan untuk dapatkan rumah yang kemas? Kita hanya perlu jadikan 5 perkara ini sebagai rutin harian.

No comments: