Simptom Influenza A Yang Anda Perlu Tahu Dan Cara Untuk Mencegahnya.

Baru-baru ini tular di media sosial dan media massa tentang kebimbangan ramai orang berkaitan penularan wabak Influenza A di Malaysia. Ada juga penularan berita tidak benar dengan mengatakan bahawa virus tersebut sama dengan kes pneumonia misteri di Wuhan, China.
Untuk pengetahuan anda, influenza merupakan selsema dimana adalah jangkitan virus yang mudah berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang dilepaskan oleh pesakit melalui batuk atau bersin. Virus influenza ini kerap bermutasi untuk mengadaptasi keadaan persekitaran, ubat dan antibodi badan.
Image result for langkah pencegahan influenza a
Akan tetapi, wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya akan menyebabkan demam selsema ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi dan berpotensi lalu boleh menyebabkan kematian.
Golongan-golongan yang berisiko tinggi adalah kanak-kanak bawah 5 tahun, wanita hamil, warga emas berumur 65 tahun dan ke atas, penghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan lain serta mereka yang memiliki daya tahan yang rendah.
Simptom-simptom jika anda didapati dijangkiti influenza ini pula adalah demam, batuk, muntah, cirit birit, sakit kepala, sukar bernafas dan kelesuan. Jika anda atau ahli keluarga dapati diri anda mengalami simptom-simptom tersebut, anda dinasihatkan untuk ke klinik atau hospital yang berhampiran untuk menjalani saringan influenza dan dapatkan rawatan yang sepatutnya.
Image result for influenza a
Justeru itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan anda di luar sana untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan influenza ini. Anda haruslah memastikan tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, cuci tangan selepas batuk atau bersin dan pakai penutup mulut dan hidung.
Image result for langkah pencegahan influenza a
Selain itu, anda juga harus hindari tempat awam dan sesak, dan jangan hantar anak ke pusat asuhan sekiranya terdapat kes influenza serta anda harus dapatkan suntikan vaksin influenza. Jagalah kesihatan anda dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan ini.

No comments: