BANTUAN DANA INSPIRASI MALAYSIAKU (INSPIRASIKU) YAPEIM

Sesi persekolahan bagi tahun 2020 dah bermula, Ibu bapa pun dah banyak habis duit untuk perbelanjaan sekolah anak-anak. Pakaian Sekolah, yuran, BUku dan alat Tulis. 
Berita baik untuk ibu bapa atau penjaga Sekolah Rendah dan Menengah serta Pelajar IPT bagi golongan  B40 seluruh negara. Anda kini boleh mohon bantuan Dana Persekolahan khas dari YAPEIM.
Melalui Dana Inspirasi Malaysia INSPIRASIKU, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) mensasarkan 40,000 pelajar sekolah rendah dan menengah, serta pelajar IPT daripada keluarga B40 untuk dibantu.
Permohonan Bantuan Persekolahan YAPEIM B40 2020 Dana Inspirasi Malaysia (Borang) 
BANTUAN DANA INSPIRASI MALAYSIAKU (INSPIRASIKU)
Di bawah merupakan jumlah bantuan yang diperuntukkan di bawah Dana Inspirasi Malaysia (INSPIRASIKU)
  • Sehingga RM500 untuk Sekolah Rendah
  • Sehingga RM500 untuk Sekolah Menengah
  • Sehingga RM1000 untuk Institut Pengajian Tinggi (IPT)
Permohonan Bantuan Persekolahan YAPEIM B40 2020 Dana Inspirasi Malaysia (Borang)



BORANG PERMOHONAN DANA INSPIRASI MALAYSIAKU (INSPIRASIKU)
Untuk memohon, anda boleh terus mencetak Borang Permohonan Dana Inspirasi Malaysiaku melalui pautan disediakan di bawah dan isi selengkap mungkin.

1.Borang permohonan boleh didapati dengan memuat turun di laman web rasmi YAPEIM http://inspirasiku.yapeim.my/ atau download menerusi pautan di bawah ;
Borang 3: Senarai Semak Dokumen Sokongan Permohonan (Klik Sini)
2. Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap perlu dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan antaranya iaitu :
i. Satu salinan kad pengenalan pemohon
ii. Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan
iii. Satu surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung
iv. Satu salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil cerai
v. Satu salinan penyata gaji suami dan isteri/ pencen/ surat pengesahan pendapatan terkini seisi rumah
vi. Satu salinan surat tawaran atau pendaftaran sekolah
vii. Satu salinan surat tawaran institusi dan kad pelajar (Permohonan bagi pelajar IPT)
viii. Satu salinan senarai yuran persekolahan/ Institusi Pengajian Tinggi
x. Nombor akaun Bank
3. Semua salinan dokumen perlulah mendapat cop pengesahan daripada Pegawai A (Pegawai Kerajaan/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/ Nazir atau Pegawai yang boleh membuat pengesahan dokumen.
4. Dokumen yang telah lengkap, boleh dihantar melalui cara seperti berikut ;
i. Serahan tangan ke ibu pejabat YAPEIM
ii. Pos laju/ ekspres ke ibu pejabat YAPEIM
iii. Emel ke alamat pembangunankomunitiyapeim@gmail.com
iv. Cawangan Ar Rahnu YAPEIM
v Pejabat YAPEIM Negeri
Nota : Hanya borang permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.

No comments: