5 ‘Tips Untuk Rumah Sentiasa Kemas.

Susah juga nak ada rumah yang kemas dan rapi bila dah ada anak kecil di dalam rumah. Bukannya apa, lepas kemas dah bersepah balik rumah tu dengan segala mak nenek barang mainan. Mana ada masa nak susun barang dengan kemas, nak layan kerenah anak lagi. Jangan risau, sebenarnya kita tak payah ambil masa yang banyak pun untuk kemas rumah. Ikut tips ini, mudah sangat kerana kita sebenarnya boleh lakukan dalam masa 5 minit saja! Tips ni bagus juga untuk ibu yang bekerja.

http://www.itsybitsysteps.com/

TIPS RUMAH KEKAL KEMAS WALAUPUN ADA BABY

Kita selalu hairan kenapa ada rumah rakan dengan anak kecil nampak kemas dan bersih sedangkan rumah kita pula hanya kelihatan kemas sekejap saja sebelum bersepah semula. Sebenarnya pemilik rumah yang sentiasa kemas ini bukanlah melakukan kerja membersih dan mengemas seluruh rumah setiap hari. Sebaliknya mereka hanya melakukan beberapa kerja di bahagian tertentu untuk memastikan rumah kelihatan rapi dan bersih sentiasa.

1. KEMAS KATIL


http://houzbuzz.com/
Kemas katil dan bilik kita sebaik bangun tidur. Celik je mata terus lipat selimut tu jangan tinggal macam tu je. Selimut lah benda paling penting untuk katil kelihatan kemas.

2. SELEPAS BASUH BAJU TERUS LIPAT


www.today.com
Pakaian yang tidak diurus dengan baik selalu jadi punca rumah nampak bersepah. Jadi jangan biarkan baju kotor bertimbun dan jangan juga biar baju yang sudah kering dalam bakul tinggi menggunung. Setiap kali selesai membasuh terus lipat pakaian yang kering dan masukan dalam almari. Part ni memang aku pun tak suka tapi terpaksa kena buat jugak okey !

3. JANGAN BIAR SINGKI PENUH


http://thecatholiccatalogue.com/
Sama juga dengan pinggan mangkuk, jangan biar ia memenuhi singki. Basuh pinggan setiap kali selepas makan. ni aku pun praktikkan sebab kalau pinggan bersepah dalam sinki jadi sakit mata sakit je hati ni..

4. PASTIKAN KAUNTER DAPUR SENTIASA BERSIH


www.shutterstock.com
Selepas basuh, terus susun pinggan mangkuk, kuali dan periuk di tempatnya. Simpan juga baki lauk pauk dalam bekas berpenutup bukan di atas pinggan. Buang sampah setiap kali bakul penuh. Jangan smpai bakul dah penuh ulat baru nak buang.

5. KEMAS RUANG TAMU TENGAH HARI DAN MALAM


www.dupagecu.com
Ruang tamu memang jadi tempat permainan anak, bantal kecil akan bertaburan begitu juga mainan mereka. Kita memang perlu mengemaskannya paling kurang dua kali sehari. Sekali, menjelang tengah hari dan kali kedua sebelum tidur supaya sebaik celik mata pagi hari kita tengok ruang tamu yang bersih dan kemas. aku kemas waktu malam ja sebab aku kerja. balik kerja memasak untuk family, time anak anak dah tidur baru kemas.

TIP EKSTRA


www.today.com
* Sambil mandi bersihkanlah bilik air. Sental lantai atau pun bersihkan singki dan mangkuk tandas. 
* Sekali sehari sapu lantai ruang tamu dan dapur.
* Seminggu sekali mop lantai.
Mudah saja bukan untuk dapatkan rumah yang kemas? Kita hanya perlu jadikan 5 perkara ini sebagai rutin harian.

Turunkan berat badan 5 kilo dalam seminggu, ini Menu yang perlu kita ambil

"Makan sikit je tapi berat tak turun pun!”
Mesti ramai di antara anda semua mengalami masalah ini kan? Kadang tu seharian minum air masak je, tapi berat badan tak turun-turun! Lemak degil betul nak pecah. Anda perlu ingat, definisi diet bukan tidak makan seharian atau tidak makan makanan berlemak.
Definisi diet adalah kadar karbohidrat yang sangat rendah, kadar protein yang sederhana dan kadar lemak yang sangat tinggi. Tetapi, ramai yang memikirkan diet mengurangkan makan makanan berlemak dan banyakkan makanan karbohidrat
Pengambilan pembahagian nutrien yang betul adalah seperti di bawah;
  • Karbohidrat: 10% daripada jumlah kalori sehari. Lebih kurang 10-50 g sahaja sehari. Maknanya, cukup sekadar makan sebiji epal (15 g karbo) atau seganggam nasi (30-45 g karbo) saja.
  • Protein: 15-20% daripada jumlah kalori sehari (0.8 ke 1.0 gram protein untuk setiap 1 kg berat badan)
  • Lemak: 60-80% daripada jumlah kalori sehari
  • Hasil carian imej untuk tips kurangkan berat badan dalam seminggu
Akan tetapi, ada juga yang diet bukan sebab menginginkan berat badan turun tetapi kerana sedang menderita penyakit tertentu. Untuk mengetahui bagaimana cara diet yang betul, anda boleh ikuti panduan menu seharian yang akan Donna kongsikan.

Sarapan

Pada waktu sarapan, ramai yang menganggap pengambilan kuih adalah cara paling bagus untuk mengelakkan berat badan bertambah. Telahan anda salah sama sekali.
Menu yang amat digalakkan pada waktu pagi adalah bijirin dan susu rendah lemak!

Hasil carian imej untuk susu farm fresh dan rolled oat

sumber google

Tengah hari

Pada waktu tengah hari pula, ramai yang mengambil keputusan untuk tidak makan nasi. Kononya, dapat menurunkan berat badan. Anda salah sama sekali kerana nasi mampu memberi anda tenaga untuk melakukan rutin harian. Jika tidak, anda akan jatuh sakit!
Oleh itu, cukup sekadar mengambil segenggam nasi putih, rebusan ayam di bahagian dada dan apa-apa jenis sayuran. Kalau Donna, pada waktu tengah hari Donna akan makan nasi segenggam, rebusan dada ayam dan sebiji tomato.

Imej yang berkaitan

Petang

Waktu petang di mana semua orang akan makan makan ringan untuk mengunyah atau tidak mengambil sebarang makanan. Jangan! Badan anda akan jatuh sakit jika tidak mencukupi gizi secukupnya. Sebolehnya, makan kekacang untuk gizi protein dalam tubuh badan.

Hasil carian imej untuk kekacang

Malam

Pada waktu malam, ramai yang membuat tanggapan bahawa makan malam mengakibatkan berat badan makin bertambah. Walhal, ia sama sekali tidak memberi apa-apa kesan. Oleh itu, menu yang sesuai pada waktu malam adalah seketul dada ayam yang direbus dan juga sayuran.
Hasil carian imej untuk makanan diet

happy new year 2020

Selamat tahun baru diucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Azam tahun 2019 dah tercapai ke belum. kalau belum jom la kita teruskan di tahun 2020 ni. Alhamdulillah, semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun sebelumnya 
Hasil carian imej untuk artikel selamat tahun baru


.