Perempuan seksi suka berskandal?


Korang rasa korang ni seksi tak?  Hatii-hati kalau jawapan korang ya! Perempuan seksi ni memiliki kadar hormon seks yang sangat tinggi. Diorang rasakan diri diorang ada daya tarikan yang lebih cenderung untuk berskandal. Ni kenyataan yang dikeluarkan oleh pakar psikologi dari Universiti Texas, Amerika syarikat  Kristina Durante dengan Norman Li. Kedua-dua pakar ni buat kajian pasal kenyataan ni. 

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Biology Letters, perempuan yang memiliki kadar hormon cestradiol yang tinggi mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk menggoda, mencium dan berskandal  walaupun diorang ni ada menjalin hubungan dengan seseorang lelaki lain. hormon cestradiol ni ada kaitan dengan kesuburan. semakin tinggi kadar hormon dalam tubuh perempuan ni, semakin besar respon lelaki terhadap perempuan tu. 


Marcoosimoncelli crash sepang 2011

SEPANG – Perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali Marco Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua di Litar Sepang di sini Ahad. Simoncelli berusia 24 tahun.
Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia.
Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.
Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu.
Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan. – BERNAMA



TAKSUB CANTIK

Aku percaya mesti antara kita semua, ramai yang nak cantik kan. Badan langsing, kulit gebu, muka cantik. Bersyukur la dengan apa yang kita ada sekarang ni. Tak salah kalau kita berusaha untuk nampak cantik, tapi jangan la terlalu taksub sampai seksa diri sendiri macam ambik suntikan, ubat kurus yang tak dak kelulusan kementerian kesihatan tuh.

Sekarang aku nak kongsi sikit keburukan kalau kita terlalu taksub sangat nak cantik.

1. Kita tak da keyakinan diri, Nak jumpa dengan orang pun malu sebab ingat diri kita ni banyak kekurangan padahal kita tak da cacat cela apa pun. Selagi dok rasa diri kita ni tak perfect, selagi tu la kita malu nak berhadapan dengan orang. Benda macam ni boleh sebabkan kerjaya dengan masa depan kita terjejas.

2. Membazir duit korang je la. Mana taknya, beli make-up, pastu bli produk-produk kecantikan ubat kurus la, baju cantik-cantik. kalau macam ni selalu kucar-kacir la hidup. Duit belanja tak penah cukup. kalau laki korang kaya tak pe la jugak kan. kalau laki pun kerani je, hari-hari makan megi je la.


3. selain tuh, korang akan mudah terpengaruh. Bukan semua produk kecantikan tu sesuai pun dengan kita, tapi kalau dah terlalu taksub sangat nak cantik, semua kita nak beli, nak cuba.

4. Yang last ni memang selalu kita nampak. Kalau orang dah taksub cantik ni memang tak penah puas apa yang ada kat diri diorang ni. Hidung dah mancung, gatai nak bagi mancung lagi. Badan kurus, nak bagi kurus lagi, lama-lama tinggal tulang ja. Benda ni macam ni boleh buat kita tertekan sebab tak puas hati dengan diri.